Melalui penggunaan perkhidmatan ini, klien dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk mematuhi segala Terma & Syarat di bawah.
1. Skop Perkhidmatan
1.1 Pembangunan laman web landing page satu muka (static) tanpa fungsi log masuk, pangkalan data, atau e-dagang.
1.2 Reka bentuk responsif dan dioptimumkan untuk paparan mudah alih dan tablet.
1.3 Hosting percuma disediakan dengan subdomain percuma.
1.4 Klien boleh menyambungkan domain sendiri dengan caj tambahan RM50.
1.5 Integrasi web analytics (Umami) boleh ditambah dengan caj RM100.
2. Kandungan & Proses Pembangunan
2.1 Pembangunan akan dijalankan berdasarkan maklumat dan imej yang dihantar oleh klien melalui WhatsApp sahaja.
2.2 Anggaran tempoh siap ialah 5–7 hari bekerja selepas bayaran penuh dan semua bahan diterima.
2.3 ⚠️ Jika klien gagal memberi maklumat lengkap dalam tempoh 24 jam selepas diminta, projek mungkin tertangguh atau dipindahkan ke senarai menunggu, dan sebarang kelewatan adalah tanggungjawab klien sepenuhnya.
3. Semakan & Ubah Suai
3.1 Klien berhak membuat maksimum 3 semakan minor (teks, warna, imej).
3.2 Lebih daripada 3 semakan akan dikenakan caj tambahan.
3.3 ⚠️ Sebarang perubahan besar (layout, struktur, atau konsep) selepas pengesahan projek dianggap sebagai projek baru dan akan dikenakan caj berasingan.
4. Pengeditan & Kemaskini
4.1 Laman web yang dibangunkan adalah static / hardcoded.
4.2 Klien boleh mengedit laman web sendiri hanya jika mempunyai kemahiran coding (HTML/CSS/JS).
4.3 💡 Jika klien tidak mahir, sebarang kemaskini selepas siap akan dikenakan caj RM30 bagi kemaskini minor melalui servis kemaskini rasmi.
5. Penutupan Projek
5.1 Projek dianggap selesai dan ditutup apabila:
- Klien mengesahkan "Final", atau
- Tiada maklum balas diterima dalam 3 hari selepas serahan projek.
5.2 Sebarang permintaan ubah suai selepas projek ditutup akan dikira sebagai servis kemaskini berbayar.
6. Hosting & Domain
6.1 Hosting percuma mempunyai ciri dan prestasi terhad. klien boleh menaik taraf mengikut keperluan.
6.2 ✅ Klien akan menerima hak milik penuh ke atas hosting dan semua fail sumber setelah projek diserahkan.
7. Terma Pembayaran
7.1 Bayaran penuh RM150 diperlukan sebelum pembangunan dimulakan.
7.2 Caj tambahan:
- RM50 untuk sambungan domain sendiri.
- RM100 untuk integrasi analytics (jika diminta).
7.3 ⚠️ Tiada pemulangan wang akan dibuat selepas kerja pembangunan bermula.
8. Hak Milik & Penjenamaan
8.1 ✅ Klien memiliki hak penuh ke atas laman web, fail sumber, dan hosting selepas projek diserahkan.
8.2 Landing page yang telah siap akan memaparkan teks "Developed by works.ikmal.qzz.io" pada bahagian footer.
8.3 Penyingkiran kredit ini boleh dibuat melalui caj tambahan sebanyak RM30.
9. Komunikasi & Sokongan
9.1 Segala komunikasi rasmi dijalankan melalui aplikasi WhatsApp sahaja.
9.2 ⚠️ Klien perlu memberi maklumat yang diminta dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan kelewatan.
9.3 Pembangun menyediakan sokongan asas selama 3 hari selepas penyerahan projek. Sokongan tambahan tertakluk kepada caj yang berasingan.
9.4 Segala urusan dijalankan secara atas talian sahaja (tiada perjumpaan secara fizikal).
9.5 ⚠️ Pembangun berhak menamatkan projek atau komunikasi serta-merta tanpa pemulangan bayaran jika klien menggunakan bahasa kasar, menghina, atau berkelakuan tidak sopan.
10. Pengakuan
✅ Dengan membuat bayaran, klien mengakui dan bersetuju bahawa segala Terma & Syarat ini telah difahami dan diterima sepenuhnya.